Maulidur Rasul-Ust Wan Aziz b. Mohd Noor_Pegawai j_qaf PPD Bachok

Maulidur Rasul-Ust Wan Aziz b. Mohd Noor_Pegawai j_qaf PPD Bachok
11/02/2012- penyelaras bantuan institusi agama _

KURSUS LDP KALI KE 4 2009

TAJUK : PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KERTAS KERJA

1. Tajuk Kursus

Penggunaan Internet Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

2. Rasional

Masih ramai golongan guru tidak begitu jelas tentang penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Begitu juga kaedah mencari bahan dan penggunaan bahan yang diperolehi dari laman-laman web. Mereka juga masih janggal untuk menggunakan internet sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

3. Matlamat

Memberi pendedahan dari segi penggunaan internet dan cara mendapatkan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik.

4. Objektif

* Membimbing guru menggunakan internet dengan berkesan.
* Guru dapat mencari bahan yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran.
* Guru dapat mengolah teknik pengajaran yang lebih menarik dengan bantuan kemudahan internet.
* Guru dapat mengenalpasti laman capaian yang ada kaitan dengan pendidikan.


5. Sasaran Peserta

32 orang guru pelbagai mata pelajaran dari Sekolah Kebangsaan Beris Kubor Besar sendiri.

6. Penceramah / Fasilitator

En . Ezan bin Salleh
Ketua Unit PKG Beris Kubor Besar.

7. Fasilitator

En. Daud bin Deraman
En. Normadiah bt. Talib
En. Norman bin Wagirin
En. Azlan bin Hassan – Penolong S/U Makmal Komputer SKBKB


8. Tempoh

Tarikh : 03 Oktober 2009
Hari : Sabtu
Masa : 8.00pagi hingga 4.30petang


9. Tempat

Makmal Komputer SK. Beris Kubor Besar


10. Metodoligi

Ceramah
Akses Bahan

11. Pengisian Kursus

8.00 – 8.30pagi : Pendaftaran
8.30 – 10.45 : Cara Menggunakan:
- Zoom_A
- Kegunaan Portal Pendidikan
- Mengajar dengan Menggunakan laman web penterjemahan
a. CitCat.com
b. Jawi .net
10.45 – 11.00pagi : Minum Pagi
11.00 – 1.00 t/hari : Cara mengolah bahan dari internet sebagai bahan bantu mengajar.
a. Menyunting
b. Menyimpan bahan
2.30 – 3.30petang : Sambungan dan Sumbangsaran
3.30petang : Bersurai


12. Peralatan dan Bahan Kursus

2 rim kertas A4
Komputer dan Laptop.
Pen Drive


13. Anggaran Perbelanjaan

Makan dan Minum

32 orang peserta X RM12.00 X 1 hari = RM384.00

Jumlah = RM384.00

Edu Web Tv (Ganti Tv Pendidikan)

Kursus Penyelaras Ldp di Midtown

Hotel YT MidtownPeserta Kursus Peningkatan Profesionalisme Penyelaras LDP sekolah-sekolah telah melapor diri. Sesi pertama bermula pada jam 8:30 malam. Taklimat pengurusan diri telah di sampaikan oleh En. Rostan Ismail.Semua peserta dikehendaki menyiapkan data laporan kursus LDP yang telah dijalankan di sekolah. Penyelaras LDP sekolah juga mendapat penerangan-penerangan daripada En. Mat Nawi Wahid tentang masalah-masalah pelaporan program LDP



Kursus Penyelaras LDP PPD Bachok
Tajuk:
Kursus Peningkatan Profesionalisme Penyelaras LDP Sekolah PPD BachokTarikh:17 - 19 November 2008Tempat:Hotel YT Midtown, Terengganu Pegawai Bertugas :

1. Cik Halizah bt Mohd Zain -Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Bachok
2. En. Mat Nawi bin Wahid -Pegawai Khas ICTJabatan Pelajaran Kelantan
3. En. Zammeri bin Abdullah -Pegawai KGSKPejabat Pelajaran Daerah Bachok
4. En. Rostan bin Ismail -Pembantu KhasUnit ICT & Maklumat PPD Bachok
5. En. Saiful Marsidi bin Sidek -Jurulatih Utama ICTSekolah Kebangsaan Tangok

Catatan:Pendaftaran pada jam 2:00 petang hingga 4:00 petang.

'Selamat Berkursus'

Ucapan Penutup Bengkel Ldp 2010

Ucapan penutup Penghulu bagi kursus bengkel pengoperasian LDP 2010

BismilLahirRahmanirRahimAssalamu `alaikum wa RahmatulLahi wa Barakatuh.
Yang Berusaha
En. Sulaiman bin Daud
Penolong Pegawai PPD Pengurusan Kurikulum
PPD Bachok
Yang Berusaha
En. Rosli bin Idris
Penolong pegawai PPD Pengurusan Sekolah
PPD Bachok
Yang Berusaha
En. Zemmeri bin AbdullahPenyelaras LDP PPD Bachok
Yang dihormati
Cik Noraini bt. Mohamad
Pembantu Akauantan PPD bachok

Barisan Fasalitator
Iaitu saudara Cikgu Azam Isa, Mohd Rapi,Awang Wan Azhar Wan Ibrahim.

Saya sebagai mewakili peserta Bengkel PELAN PENGOPERASIAN 2010 LDP SECARA SCHOOL BASED pada pagi ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kehadiran Yang Berbahagia En. Sulaiman Daud Penolong Pegawai Pengurusan sekolah PPD Bachok, yang sudi hadir pagi ini bagi merasmikan Majlis Penutupan Bengkel Pengoperasian 2010 LDP PPD Bachok . Dan terima kasih juga kepada En Zammeri selaku pagawai Penyelaras LDP PPD Bachok yang dapat menguruskan kursus ini dengan baik dan sempurna sehinga majlis ini berjalan dengan baik dan teratur serta budibicara , tolak ansur kerjasama dengan peserta kursus sekelian .

Saudara-saudari sekelian !

Kami juga berterima kepada pihak pengurusan LDP dan Hotel Mega View kerana dapat menyediakan berbagai jenis juadah masakan dan kuih muih yang sedap lagi lazat sehingga tidak jemu makan yang mana jarang-jarang ada dirumah kita .

Saudara , saudari sekelian !

Slot ini juga menarik kerana ada pembetangan daripada wakil kumpulan yang dapat menyampai ucapan pembentangan bengkel yang menyeronakkan iatu ustaz Rusdi yang mencuit hati semua peserta- SU LDP . serta juga penjelasan tatacara kewangan daripada Cik Noraini pembantu Akauntan PPD Bachok yang mudah difahami oleh rakan-rakan SU LDP sekelian.

Kemudahan internet juga menyeronokkan ditempat kursus ini , kita dapat membina Blog yang sempurna untuk kemudahan bersama bagi kita menghantar e-mel kepada PPD .Disini juga kemudahan mengekses internet dimana-mana saja, termasuk dibilik penginapan , tidak seperti ditempat kursus-kursus lain.

Bertambah menarik lagi slot ini disusuli dengan lawatan ke tempat-tempat sejarah di Bandar Pekan iaitu pusat Keraftangan dan Istana Sultan Pahang dan pusat membeli belah .


Dikesempatan ini, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang 3 hari 4 malam di sini.

Saya percaya tuan-tuan / puan-puan tidak sabar untuk pulang kerumah masing-masing kerana rindu dengan keluarga tersayang . Jadi sebelum mengundur diri saya ada
Sedikit pantun bagi mengakhiri ucapan ini :-

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali


Bunga mawar cantik berseri
Mekar disirami si embun pagi

Majlis penutup kursus LDP mengundur diri

Semuga tahun hadapan berjumpa lagi



Sekian , Wabillah hitaufiq walhidayah

Kursus LDP

KERTAS KERJA

Tajuk Kursus

PENGGUNAAN EDU WEB TV (INTERNET) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Rasional

Ramai guru masih kabur dan samar menggunakan kemudahan IT dalam pengaran dan pembelajaran mereka.

Penggunaan blog peribadi diharap dapat menyediakan Bahan Bantu Mengajar tanpa bergantung 100% kepada bahan luar.

Penggunaan Blog dalam pengajaran dan pembelajaran diharap dapat meningkat minat murid-murid berbanding dengan kaedah biasa.


Matlamat

Meningkat kesedaran dan memupuk minat guru dari segi penyampaian dan penggunaan bahan IT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Objektif

Membina Blog bagi tujuan pendidikan.

Mendedahkan penggunaan IT dalam bidang pendidikan kepada guru.

Meningkat pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang IT bagi tujuan pendidikan.

Menarik minat murid-murid untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran.

Sasaran Peserta

33 orang guru pelbagai mata pelajaran dari Sekolah Kebangsaan Beris Kubor Besar sendiri.

Penceramah / Fasilitator

Pn. Normadiah bt. Talib – SK Beris Kubor Besar
Penyelaras Pusat Sumber sekolah
Penceramah Edu Web Tv

Pn Azemah bt Ali
Penceramah Link Akademik

Tempoh 6 jam

Tarikh : 15 Mac 2009
Hari : Ahad
Masa : 8.30pagi hingga 4.30petang

Tempat

Makmal Komputer SKBKB

Metodoligi

Ceramah
Bengkel
Sumbangsaran

Pengisian Kursus

8.30 – 8.45pagi : Pendaftaran
8.45 – 9.15pagi : Pendaftaran Edu Web Tv
9.15 – 10.45pagi : Membina e-mail
10.45 – 11.00pagi : Minum Pagi
11.00 – 1.00 t/hari: Bengkel
2.30 – 3.30petang : link Akademik
pendidikan
3.30-4.30 - Bengkel

Peralatan dan Bahan Kursus

Satu Rim kertas A4
Komputer dan Laptop.

Anggaran Perbelanjaan

Makan dan Minum

33 orang peserta X RM12.00 X 1 hari = RM396.00

Jumlah = RM396.00

Penilaian Kursus

Hasil dan Fungsi Blog yang dibina.

KETUA PANATIA

KETUA PANATIA
UST DAUD BIN DERAMAN